Tuesday, June 17, 2008

Ribut ais di Serdang!

Lebih kurang pukul 12.45 tengah hari tadi telah berlaku ribut yang sangat kencang di kawasan Serdang. Angin dan hujan mencurah-curah. Dari jauh awan kelihatan macam ombak tsunami. Lebih menakjubkan hujan ini turun bersama ketulan ais. Kenderaan di jalan raya mula memperlahankan kenderaan kerana hujan ais...takut cermin pecah kot! Aku pun pegi la kutip beberapa ketulan ais tu. Sejuk dan mula mencair....betul le...hujan ais.

Oleh kerana hujan dan angin yang terlalu kuat, pak cik tuan punya M Z restoran kat bawah opis aku ni keluar dan melaungkan azan dengan kuat. lepas tu hujan dan angin mula reda...pelanggan yang makan kat kedai pak cik pun relek je dan terus makan......

Tak lama lagi salji turun kat Malaysia kot...Yahooo boleh main ski! Apa yang sebenarnya berlaku yee...Allah nak tunjukkan apa ye.....alam semulajadi memprotes ke? Renung-renungkan.

5 Comments:

Blogger hisyamchemat said...

Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui

June 18, 2008 at 12:32 AM  
Blogger ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

This comment has been removed by the author.

June 22, 2008 at 10:39 PM  
Blogger ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

Di serdang masih ada ribut ais lagi ke?????......tak sempat k'dult nak up date kan blog....

P/s orang kata kalau dapat peluang camtu ...amik ais nya dan makan boleh dijadikan ubat untuk mengguatkan IQ...

June 22, 2008 at 10:42 PM  
Blogger PPT said...

K'Dult,
Tentang kebesaran ALLAH S.W.T otai-otai rekreasi mesti dah banyak lalui semua nie.
Mungkin boleh share untuk tatapan peminat blog.

Cheers ....

June 24, 2008 at 3:31 AM  
Blogger zainal said...

Betul. Rekreasi membawa kita mendekati alam semulajadi dan alam semulajadi mendekatkan kita kepada Pencipta. nantikan cerita pengalaman utk semua. Bila lagi nak ujan ais yee...nak buat teh ais, kot-kot boleh jadi super genius....

June 24, 2008 at 7:17 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home