Thursday, January 6, 2011

Outdoor Recreation SPS 133 kembali


Tahun ini sekali lagi aku akan bersama pelajar-pelajar UiTM yang mengambil subjek Outdoor Recreation. Semoga tahun ini juga seperti tahun sebelumnya, pelajar-pelajar menunjukkan kesungguhan dan kejujuran untuk belajar. Outdoor Recreation tidak dapat membiarkan anda berlakon selama-lamanya kerana akhirnya true colour akan kelihatan juga. Outdoor Recreation bukan sekadar satu mata pelajaran yang wajib lulus tetapi lebih dari itu. Ia adalah satu proses perjalanan kematangan dan kewarasan dalam kehidupan. Markah yang akan diberikan di penghujung semester adalah bonus sahaja, yang paling penting adalah proses yang dilalui untuk mendapat markah yang paling cemerlang.


Dalam surah 53, ayat 39 di dalam Al-Quran menyatakan 'Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahanya'


Pendeta Za'ba berkata 'Kita harus berikhtiar, jangan bertukul buta sahaja, dan menyuruh kita berusaha kerana kita diberi balasan hanya sukat sebanyak yang kita usahakan sahaja. Demikian juga akas daripada itu yakni kita tiada beroleh balasan ialah atas kadar sebanyak ketiadaan usaha kita. Maka tiada syak lagi ini suatu pedoman keperangaian yang maha besar'.


Kesimpulan, diakhirnya sebanyak mana ilmu yang akan anda perolehi dalam program ini adalah sangat bergantung dengan sebanyak mana usaha yang akan anda berikan. Semoga berjaya.

Labels: ,

2 Comments:

Blogger wegreentheearth said...

selamat kembali en.zainal...
sy juga kembali dgn outdoor recreation slps 1 semester "berehat"...

January 6, 2011 at 10:28 PM  
Blogger Apit Toneng said...

insyaallah sy akan cuba buat yang trbaik dalam sbjek outdoor recreation...

January 14, 2011 at 11:31 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home