Tuesday, July 22, 2008

Padang Tujuh





Pada 18 - 20 Julai yang lepas saya telah berkesempatan melawat Taman Negeri Endau Rompin (Pahang). Xpdc ini adalah untuk menjalankan kajian agar kami dapat merancang Pelan Konsep Pembangunan yang sesuai di sana dan juga merancang garis panduan pembangunan. Pihak jabatan hutan merancang membangunkan kawasan ini sebagai salah satu produk eco-pelancongan berdasarkan alam semulajadi di Pahang. Kawasan tumpuan kami adalah Padang Tujuh. padang Tujuh mendapat nama kerana ia menjadi tempat 7 orang puteri turun dan bermain.....??

Padang Tujuh, dengan ketinggian kurang dari 1000m adalah satu kawasan yang unik kerana vegetasi pokoknya seperti pokok bonsai. Biasanya vegetasi seperti ini hanya boleh ditemui kawasan puncak gunung seperti Gunung Tahan. Antara tarikan utama di kawasan ini adalah kepelbagaian spesies periuk kera dan orkid. Terdapat juga sebatang sungai yang cantik kerana keseluruhan batu yang berada di kawasan sungai ini diliputi lumut dan kelihatan berwarna hijau.

Sebelum sampai di Padang Tujuh Kami melalui kawasan pokok palma yang unik iaitu Johannesteysmannia altifrons. Saiz daunnya melebihi saiz orang dewasa dan sangat dominan pertumbuhannya. Selepas itu kami melalui pula kawasan pokok palma spesies Livistonia endauensis dan dianggap endemik di sini. Ia sangat dominan juga sehinggalah di Padang Tujuh.

Sebelum pulang kami sempat singgah di Air Terjun Sri Mahkota yang terletak di pinggir jalan utama. Teruja juga bila melihat ketinggiannya dan kedamaian persekitarannya. Hilang sekejap stress tinggal di Kuala Lumpur!!. saya amat berpuashati dengan xpdc ini, selain dari melaksanakan tugasan saya secara tak langsung dapat kembali ke alam semulajadi...
Jumpa lagi di lain xpdc.

Labels:

4 Comments:

Blogger HiCMat said...

Kudult, aku pernah ke sana tahun 1993. Memang cantik air terjun Mahkota tu. Sampai sekarang aku simpan gambar tu semua. Kami buat XPDC 4 hari kat situ kalau tak salah aku la. Pacat memang banyak sangat. Kalau tak salah aku malam pertama kami tidoq kat satu kawasan macam paya. Kata guide paya di atas puncak bukit. Sampai pun dah malam. Pelik, tapi itu kuasa Allah yang tak boleh disangkal kalau ianya benar.

July 24, 2008 at 9:17 AM  
Blogger moncet said...

wahh..
teringin nyer nak p..
salam perkenalan..
=)
en kudut..

August 4, 2008 at 8:29 PM  
Blogger ineedphoto said...

kelass..da ada blogger sekarang..
how life bro?

August 6, 2008 at 10:18 AM  
Blogger kuDULT said...

salam semua.
TQ, ada juga org melawat blog ni...kena paksa buat blog. Tapi ok gak, ada tempat nak bercerita.

August 7, 2008 at 1:42 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home