Thursday, February 12, 2009

XPDC Air Terjun @ Kedah






28 Jan – 30 Jan yang lalu, aku, Yusran & Tampin telah berangkat ke Kedah untuk menjejaki air terjun di Hutan Lipur Sg Kunyit, Hutan Lipur Sg Badak dan Lata Lembu. malam pertama kami telah menginap di Harvard Suasana Hotel & Golf Club, Gurun.

Sg. Kunyit dan Sg Badak berada di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai di dalam Daerah Gurun. Sg. Kunyit lebih menarik berbanding Sg. Badak kerana persekitaran air terjun dan sungai yang lebih landai dan luas. Air terjun Sg. Kunyit juga lebih menarik. kawasan ini kaya dengan pokok –pokok diptokarp terutamanya pokok Kelat (Syzygium spp. dari keluarga Myrtaceae). Terdapat juga orkid liar yang tumbuh di atas permukaan batu.

Kedua-dua kawasan ini amat sesuai dimajukan dan dijadikan sebagai kawasan perkhemahan dan riadah keluarga kerana lokasinya hanya lebih kurang 1 kilometer dari penempatan terdekat dan pekan Gurun. Namun begitu perkara utama yang harus dilaksanakan oleh pihak berwajib ialah membina jalan masuk yang selesa kerana sekarang ia hanya boleh dimasuki menggunakan motosikal, basikal dan pacuan 4 roda akibat hakisan tanah yang agak buruk.

Pada hari seterusnya kami bergerak ke Daerah Sik untuk melihat Air Terjun Lata Lembu. Kami menginap di Resort & Traning Center kepunyaan bekas ahli parlimen Sik iaitu Dato’ Dr. Wan Azmi. Beliau memberi nama resort beliau ‘Serendah Sekebun Bunga’ setelah melakukan beberapa kajian tentang keunikan lanskap melayu. Ia membawa maksud pemandangan muka bumi yang landai, seperti keujudan sawah padi, pokok-pokok kelapa yang melambai dan rumah kampung yang cantik. Tidak ketinggalan latar belakang bukit bukau.



Beliau sangat istemewa kepada kami bertiga kerana layanan beliau yang sangat bersahaja dan santai. Pada sebelah petangnya Datin menjemput kami minum kopi bersama Dato’. Begitu juga pada sebelah malamnya kami bersama menonton TV, berkongsi cerita dan sudah tentu kopi o pekat. Seorang Dato’ yang begitu humble & down to earth.
Keesokannya, kami bergerak ke kawasan perkampungan berhampiran Hutan Lipur Lata Mengkuang. Kami sudah bersedia menjalankan tugasan seterus setelah mengumpul maklumat dari Renjer Hutan dari Jab. Perhutan Gurun. Namun kami dikejutkan dengan cerita yang berbeza apabila berjumpa dengan orang kampung semasa bersarapan pagi di salah satu gerai berhampiran. Rupa-rupanya Lata lembu terletak lebih kurang 5 kilometer dari Lata Mengkuang melalui denai dan jalan balak yan telah terhakis. Rupa-rupanya Renjer Hutan Gurun itu tak kenal Lata Lembu….maklumat yang diberikan ialah berkaitan Lata Mengkuang….

Maka setelah berbincang dengan orang kampung (Mereka sangat peramah dan baik hati, satu kedai berbincang untuk mendapatkan cara terbaik untuk membantu kami sampai ke Lata Lembu) mereka bersedia menghantar 2 orang guide untuk membantu kami. sebagai tanda terima kasih saya pun membayar minuman merekan semua. Saya amat terkejut sehingga mengarahkan tuan kedai mengira sampai 4 kali dan jumlahnya masih sama…RM13.40….murahnya!

Lata lembu mendapat nama dari rupa bentuk batu yang menyerupai lembu sedang duduk di bawah air terjun. Namun apabila saya sampai kepala lembu itu sudah patah di timpa kayu balak hanyut…yang tinggal hanyalah badannya. Air terjunnya mempunyai ketinggian lebih kurang 80 kaki dan amat menarik. Namun persekitannya yang agak curam dan tidak terdapat kawasan yang landai menyebabkan ia kurang sesuai dijadikan tempat riadah keluarga. kedudukanya yang jauh di dalam hutan juga menyebabkan orang ramai sukar mendekatinya.

Labels:

Thursday, August 7, 2008

Air Terjun LOPO dan durian Sg. Congkak


Mandi air terjun. Itulah objektif trip kali ini. Saya, Pak Tam dan 10 orang pelajar luar negara (9 dari China & 1 Nigeria) memulakan perjalanan dari kampung Pangsun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui kawasan hutan skunder, perkampungan orang asli dan kemudian memasuki kawasan hutan primer. Perjalan agak mudah walaupun sedikit mendaki.

Memandangkan sekarang adalah musim durian, kelihatan orang asli berulang-alik keluar masuk hutan membawa hasil kutipan durian hutan. Kami juga melalui kawasan 'dusun' durian orang asli yang telah dibersihkan. Teringin nak makan durian, tapi memandangkan orang punya,,,telan air liur je la. Ada seorang pakcik driver teksi tu, kami tengok sibuk memunggah durian ke dalam teksinya. Yelaahhh......sewa teksi jual durian lagi untung dari bawa orang sewa teksi keliling KL. traffic jam pun tadak ...untung lebih. Bukan selalu dapat cam ni...

Sampai air terjun, apa lagi...terjun tiruk le. best gila mandi air terjun. sejuk sampai ke tulang sum-sum. Selepas lebih kurang 2 jam di sana, mandi dan makan tengahari, kami pun berangkat balik. Sebelum meninggalkan Kg. Pangsun, kami pun melepaskan kegeraman kepada durian yang kami jumpa tergolek di sepanjang perjalanan ke air terjun tadi, tapi tak boleh makan. Gerai durian pertama di tepi jalan menjadi mangsa serbuan kami. Sambil bersila di tepi jalan, kami pun membelasah durian sehingga tersandar di tiang elektrik.

sesiapa yang teringin nak makan durian free boleh la melawat air terjun LOPO ini sekarang kerana beberapa pokok durian tak bertuan di kawasan air terjun sedang berbuah dengan agak lebat....adios!!






Labels:

Tuesday, July 22, 2008

Padang Tujuh





Pada 18 - 20 Julai yang lepas saya telah berkesempatan melawat Taman Negeri Endau Rompin (Pahang). Xpdc ini adalah untuk menjalankan kajian agar kami dapat merancang Pelan Konsep Pembangunan yang sesuai di sana dan juga merancang garis panduan pembangunan. Pihak jabatan hutan merancang membangunkan kawasan ini sebagai salah satu produk eco-pelancongan berdasarkan alam semulajadi di Pahang. Kawasan tumpuan kami adalah Padang Tujuh. padang Tujuh mendapat nama kerana ia menjadi tempat 7 orang puteri turun dan bermain.....??

Padang Tujuh, dengan ketinggian kurang dari 1000m adalah satu kawasan yang unik kerana vegetasi pokoknya seperti pokok bonsai. Biasanya vegetasi seperti ini hanya boleh ditemui kawasan puncak gunung seperti Gunung Tahan. Antara tarikan utama di kawasan ini adalah kepelbagaian spesies periuk kera dan orkid. Terdapat juga sebatang sungai yang cantik kerana keseluruhan batu yang berada di kawasan sungai ini diliputi lumut dan kelihatan berwarna hijau.

Sebelum sampai di Padang Tujuh Kami melalui kawasan pokok palma yang unik iaitu Johannesteysmannia altifrons. Saiz daunnya melebihi saiz orang dewasa dan sangat dominan pertumbuhannya. Selepas itu kami melalui pula kawasan pokok palma spesies Livistonia endauensis dan dianggap endemik di sini. Ia sangat dominan juga sehinggalah di Padang Tujuh.

Sebelum pulang kami sempat singgah di Air Terjun Sri Mahkota yang terletak di pinggir jalan utama. Teruja juga bila melihat ketinggiannya dan kedamaian persekitarannya. Hilang sekejap stress tinggal di Kuala Lumpur!!. saya amat berpuashati dengan xpdc ini, selain dari melaksanakan tugasan saya secara tak langsung dapat kembali ke alam semulajadi...
Jumpa lagi di lain xpdc.

Labels: