Tuesday, July 22, 2008

Padang Tujuh





Pada 18 - 20 Julai yang lepas saya telah berkesempatan melawat Taman Negeri Endau Rompin (Pahang). Xpdc ini adalah untuk menjalankan kajian agar kami dapat merancang Pelan Konsep Pembangunan yang sesuai di sana dan juga merancang garis panduan pembangunan. Pihak jabatan hutan merancang membangunkan kawasan ini sebagai salah satu produk eco-pelancongan berdasarkan alam semulajadi di Pahang. Kawasan tumpuan kami adalah Padang Tujuh. padang Tujuh mendapat nama kerana ia menjadi tempat 7 orang puteri turun dan bermain.....??

Padang Tujuh, dengan ketinggian kurang dari 1000m adalah satu kawasan yang unik kerana vegetasi pokoknya seperti pokok bonsai. Biasanya vegetasi seperti ini hanya boleh ditemui kawasan puncak gunung seperti Gunung Tahan. Antara tarikan utama di kawasan ini adalah kepelbagaian spesies periuk kera dan orkid. Terdapat juga sebatang sungai yang cantik kerana keseluruhan batu yang berada di kawasan sungai ini diliputi lumut dan kelihatan berwarna hijau.

Sebelum sampai di Padang Tujuh Kami melalui kawasan pokok palma yang unik iaitu Johannesteysmannia altifrons. Saiz daunnya melebihi saiz orang dewasa dan sangat dominan pertumbuhannya. Selepas itu kami melalui pula kawasan pokok palma spesies Livistonia endauensis dan dianggap endemik di sini. Ia sangat dominan juga sehinggalah di Padang Tujuh.

Sebelum pulang kami sempat singgah di Air Terjun Sri Mahkota yang terletak di pinggir jalan utama. Teruja juga bila melihat ketinggiannya dan kedamaian persekitarannya. Hilang sekejap stress tinggal di Kuala Lumpur!!. saya amat berpuashati dengan xpdc ini, selain dari melaksanakan tugasan saya secara tak langsung dapat kembali ke alam semulajadi...
Jumpa lagi di lain xpdc.

Labels:

Monday, July 14, 2008

Anak Yatim Rohingya

Pada 2 Julai - 6 Julai 2008 aku telah dijemput oleh Outward Bound Malaysia untuk membantu mereka melaksanakan satu kursus kerana mereka kekurangan staff. Tanpa banyak bicara aku pun packing backpack dan bertolak ke Lumut. Sesampai di lumut aku diberitahu peserta adalah anak yatim Rohingya. Rohingya adalah pelarian dari Myanmar atau Burma dan beragama Islam. Semua tiada pasport dan hanya memegang pas UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees).

Perrkhhhh!!!...mereka tidak tahu berbahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Alamakk!!!......nasib baik ada 2 - 3 orang yang boleh bertutur lebih kurang bahasa Malaysia. Mereka diiringi oleh pengetua Madrasah mereka iaitu Uztaz Hafiz Hassim yang juga kurang fasih berbahasa Malaysia walaupun telah menetap lebih sepuluh tahun di Malaysia. Mereka tinggal di Flat kawasan Selayang.....Mungkin anda masih ingat bagaimana satu serbuan besar-besaran oleh RELA di kawasan ini kerana mereka mengumpul ikan dan sayur yang dibuang di pasar Borong Selayang dan dijual semula dengan harga rendah. Ada keluar dalam program 999 di TV3 tak lama dulu.....Antara program yang mereka lakukan di OBS ialah camping, Night walk, Rock climbing, Jungle trekking, beach soccer, swimming dan beberapa aktiviti sampingan. Mereka datang atas tajaan satu company tempatan yang perihatin.

Setelah lima hari mengenali mereka aku merasa amat bertuah kerana diberi peluang bersama anak-anak yatim yang amat istimewa ini. Di Selayang mereka tinggal di Madrasah kelolaan Ustaz Hafiz. Mereka hanya tinggal di flat yang disewa oleh Ustaz Hafiz dan diubahsuai menjadi asrama yang hanya memiliki tilam nipis di susun di atas lantai. Tidurlah mereka seperti sardin. Siang hari mereka belajar di Madrashah (juga flat yang di sewa). Pagi mereka belajar agama dan petang mereka belajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Malaysia yang diajar oleh beberapa orang sukarelawan. Di flat inilah mereka menghabiskan masa siang dan malam. Jarang sekali dapat menghidu udara segar di luar kerana masalah status mereka sebagai pelarian. Air laut pun pertama kali rasa kat Teluk Batik....kelakar pun ada bila tengok diaorang terminum air laut. sorang tu siap muntah habis keluar semua sarapan pagi. Diaorang tanya air apa ni cikgu...???

Ustaz Hafiz selaku pengetua madrashah ini meluangkan banyak masa bersama aku sepanjang kursus di OBS. Beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan Madrashah. Hingga sekarang beliau memiliki lebih 82 orang pelajar. Kebanyakan soalan aku kepada ustaz ini dijawab dengan senyuman dan kemudian katanya insyaAllah ada rezeki anak-anak yatim ini dari Allah........kerana sebenarnya beliau tiada jawapan bagi kebanyakan soalan aku!

Inilah masalah beliau:

Sebagai pemegang status pelarian beliau tidak boleh mendaftarkan Madrashah yang beliau seliakan sebagai sekolah anak-anak yatim. Oleh itu tiada bantuan dapat disalurkan. Beliau juga tidak boleh memiliki akuan bank. United Nations (UN) yang sepatutnya membantu juga tidak memberikan apa-apa sumbangan selain pas UNHCR yang sangat sukar diperolehi. Oleh itu penderma-penderma yang datang adalah benar-benar jujur kerana mereka tidak akan mendapat pulangan apa-apa selain pahala dari Allah. Tiada glamour langsung....

Anak yatim pula semakin ramai yang datang dan tinggal di Madrashah ini (Ada sebahagian kecil pelajar ini yang mempunyai ibu bapa bekerja dan membayar yuran pengajian mengikut kemampuan antara RM50 ke RM100 sebulan). Ada masanya Ustaz Hafiz tidak dapat menolak pelajar baru yang dihantar ke madrashahnya apabila mendengar latar belakang kanak-kanak ini. Biarlah aku mengambil sedikit ruang di sini untuk memperkenalkan beberapa pelajar yang aku kenali agar anda mendapat gambaran siapakah mereka ini.

seorang anak ini bernama Anuwar (Bukan DS Anwar Ibrahim). Beliau dihantar seseorang kepada Ustaz sewaktu berumur 3 tahun. Ibu dan bapanya penagih dadah dan pengedar dadah yang sudah acap kali keluar masuk lokap. Apabila mereka menghisap dadah beramai-ramai di rumah mereka, Anuwar juga adalah sebahagian dari pesta dadah itu.....kemudian pesta dadah akan dimeriahkan lagi dengan tayangan gambar lucah sehingga anak ini tidak suka menonton cerita lain...hanya porno movie!. Kawan-kawan yang tidak sangup melihat kehidupan anak ini telah menghantarnya ke madrashah Ustaz Hafiz. walaupun keberatan, diambil juga anak ini dan sangat sukar membentuknya pada peringkat awal. Berkat kesabaran dan tawakkal, sekarang Anuwar telah berumur 9 tahun lebih dan sudah pun hafiz 14 juzuk Al Quran. Sangat mahir dalam bidang Tajwid dan Taranum.

Beberapa anak-anak yang lain juga mempunyai ceritanya sendiri seperti ibu bapa bercerai. Hidup dengan mencuri dan makan dari sisa makanan yang di buang di tong sampah. Most of them is a real street boys sebelum diselamatkan oleh Ustaz Hafiz dan teman-temannya.

Kenapa aku kata aku bersyukur diperkenalkan dengan kanak-kanak ini? Anak yatim ada di mana-mana.....

Kesyukuran ku yang sebenar adalah apabila aku dapat membantu mendidik anak-anak yang menyayangi agama Allah. aku dapati anak-anak ini hidup dalam keadaan serba kekurangan, kekurangan dari segi kebebasan, makanan, tempat tinggal dan lain-lain, namun segala kekurang ini tidak menghalang mereka dari mempertahankan, mengagungkan, menyayangi, menjunjung agama Allah. Hampir setiap saat sepanjang lima hari itu aku mendengar pujian-pujian kepada Allah. Waktu sukar kepada Allah mereka berserah, waktu senang juga kepada Allah juga mereka bersyukur. Mereka juga mendekatkan ku kepada Pencipta dan mengajarku erti bersyukur dengan segala nikmat sedikit atau banyak dari Allah.

Kepada teman-teman di luar sana aku memohon semoga anda dapat membantu mereka ini kerana mereka menjaga agama Allah. Sebagai manusia dan beragama islam, aku yakin kita wajib membantu dan menjaga orang yang menjaga agama Allah. Deputy Director OBS (Robert James) pun terkejut bila mengetahui anak yatim islam ini sangat kurang mendapat bantuan di negara islam. Malu aku mendengar statement macam tu dari bukan muslim malah beliau sendiri mendermakan sehelai baju baru untuk setiap seorang anak yatim ini! Menurut Ustaz hafiz, beliau tidak terkejut kerana orang yang paling banyak menderma untuk madrashahnya adalah orang yang beragama Buddha. Macam mana ni...??? anda boleh membantu dengan menjadi pengajar di madrashah, membekalkan makan seperti beras (mereka memerlukan 200kg beras sebulan), memperkenalkan mereka kepada orang yang boleh membantu atau setidak-tidaknya doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Menurut Ustaz Hafiz, beliau tidak tahu masa depan anak-anak ini. Bukan setakat tidak tahu apa anak-anak ini nak jadi apabila dewasa kelak, malahan beliau tidak tahu samaada mereka dapat makan atau tidak untuk hari esok....Namun sebagai muslim beliau akan terus berjuang menjaga dan mendidik anak-anak ini serta membekalkan mereka dengan bekalan agama secukupnya. Katanya lagi insyaAllah ada rezeki anak yatim ini untuk hari esok.....

Labels: