Wednesday, August 12, 2009

MPH Di MICCOS 2009, MAEPS Serdang (berdekatan dengan hospital Serdang, Mardi dan UPM)

MPH menyertai MICCOS 2009 di Booth 1006-1010, Hall D.Pencinta buku yang datang melawat MICCOS di MAEPS Serdang boleh datang singgah di booth kami pada 13-16 Ogos 2009.

Apa itu MICCOS? (petikan di ambil dari http://www.miccos.com.my/?lang=my)

"Pameran & Persidangan Komoditi Antarabangsa Malaysia (MICCOS) adalah acara perdana dalam sektor komoditi negara. MICCOS adalah satu acara dwi-tahunan yang menemukan para penggiat industri utama serta usahawan dalam sektor komoditi.
MICCOS 2009 yang dianjurkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan diadakan dari 13 - 16 Ogos 2009 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Dengan tema “Komoditi Adalah Satu Industri”, MICCOS 2009 akan mempamerkan pelbagai produk terkini di samping pembangunan teknologi dan inovasi dalam bidang komoditi negara yang merangkumi minyak sawit, kayu-kayan, getah, koko, lada, tembakau, kenaf, jatropha dan sagu. Pameran ini akan disertai oleh para pengeluar, pengilang dan pengeksport utama, di samping Agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan promosi produk-produk tersebut."

Untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana boleh ke pautan ini. http://www.miccos.com.my/?page=daily_programme

Bukan sahaja anda dapat melihat produk-produk terkini malah dapat menambah pengetahuan kepada diri dan keluarga anda. Namun begitu saya belum pernah menyertai acara seperti ini tetapi daripada senarai aktiviti yang dijadualkan membuatkan saya teringin hendak melihat sendiri... Yalah sampai bila kita asyik nak berekreasi di kompleks membeli belah sahaja. Bawa keluarga ke situpun ala-ala macam membeli belahkan?

Source blog: Buku oh buku

Friday, August 7, 2009

7 wasiat raja Melayu


KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, August 6, 2009

MPH: Jualan Penghabisan Stock


Salam kepada semua pencinta Ilmu. MPH akan mengadakan jualan lelong di Petaling Jaya. Lihat banner utk info. Dapatkan buku semurah RM5 di sana.

Labels: