Thursday, February 12, 2009

XPDC Air Terjun @ Kedah






28 Jan – 30 Jan yang lalu, aku, Yusran & Tampin telah berangkat ke Kedah untuk menjejaki air terjun di Hutan Lipur Sg Kunyit, Hutan Lipur Sg Badak dan Lata Lembu. malam pertama kami telah menginap di Harvard Suasana Hotel & Golf Club, Gurun.

Sg. Kunyit dan Sg Badak berada di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai di dalam Daerah Gurun. Sg. Kunyit lebih menarik berbanding Sg. Badak kerana persekitaran air terjun dan sungai yang lebih landai dan luas. Air terjun Sg. Kunyit juga lebih menarik. kawasan ini kaya dengan pokok –pokok diptokarp terutamanya pokok Kelat (Syzygium spp. dari keluarga Myrtaceae). Terdapat juga orkid liar yang tumbuh di atas permukaan batu.

Kedua-dua kawasan ini amat sesuai dimajukan dan dijadikan sebagai kawasan perkhemahan dan riadah keluarga kerana lokasinya hanya lebih kurang 1 kilometer dari penempatan terdekat dan pekan Gurun. Namun begitu perkara utama yang harus dilaksanakan oleh pihak berwajib ialah membina jalan masuk yang selesa kerana sekarang ia hanya boleh dimasuki menggunakan motosikal, basikal dan pacuan 4 roda akibat hakisan tanah yang agak buruk.

Pada hari seterusnya kami bergerak ke Daerah Sik untuk melihat Air Terjun Lata Lembu. Kami menginap di Resort & Traning Center kepunyaan bekas ahli parlimen Sik iaitu Dato’ Dr. Wan Azmi. Beliau memberi nama resort beliau ‘Serendah Sekebun Bunga’ setelah melakukan beberapa kajian tentang keunikan lanskap melayu. Ia membawa maksud pemandangan muka bumi yang landai, seperti keujudan sawah padi, pokok-pokok kelapa yang melambai dan rumah kampung yang cantik. Tidak ketinggalan latar belakang bukit bukau.



Beliau sangat istemewa kepada kami bertiga kerana layanan beliau yang sangat bersahaja dan santai. Pada sebelah petangnya Datin menjemput kami minum kopi bersama Dato’. Begitu juga pada sebelah malamnya kami bersama menonton TV, berkongsi cerita dan sudah tentu kopi o pekat. Seorang Dato’ yang begitu humble & down to earth.
Keesokannya, kami bergerak ke kawasan perkampungan berhampiran Hutan Lipur Lata Mengkuang. Kami sudah bersedia menjalankan tugasan seterus setelah mengumpul maklumat dari Renjer Hutan dari Jab. Perhutan Gurun. Namun kami dikejutkan dengan cerita yang berbeza apabila berjumpa dengan orang kampung semasa bersarapan pagi di salah satu gerai berhampiran. Rupa-rupanya Lata lembu terletak lebih kurang 5 kilometer dari Lata Mengkuang melalui denai dan jalan balak yan telah terhakis. Rupa-rupanya Renjer Hutan Gurun itu tak kenal Lata Lembu….maklumat yang diberikan ialah berkaitan Lata Mengkuang….

Maka setelah berbincang dengan orang kampung (Mereka sangat peramah dan baik hati, satu kedai berbincang untuk mendapatkan cara terbaik untuk membantu kami sampai ke Lata Lembu) mereka bersedia menghantar 2 orang guide untuk membantu kami. sebagai tanda terima kasih saya pun membayar minuman merekan semua. Saya amat terkejut sehingga mengarahkan tuan kedai mengira sampai 4 kali dan jumlahnya masih sama…RM13.40….murahnya!

Lata lembu mendapat nama dari rupa bentuk batu yang menyerupai lembu sedang duduk di bawah air terjun. Namun apabila saya sampai kepala lembu itu sudah patah di timpa kayu balak hanyut…yang tinggal hanyalah badannya. Air terjunnya mempunyai ketinggian lebih kurang 80 kaki dan amat menarik. Namun persekitannya yang agak curam dan tidak terdapat kawasan yang landai menyebabkan ia kurang sesuai dijadikan tempat riadah keluarga. kedudukanya yang jauh di dalam hutan juga menyebabkan orang ramai sukar mendekatinya.

Labels:

1 Comments:

Blogger wankedah said...

best ooo serendah!
okgo

April 29, 2009 at 12:16 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home