Tuesday, February 10, 2009

Peragut dan Perompak di KL

Hari ini satu kejadian ragut telah berlaku ke atas teman isteri saya (saya namakan beliau sebagai S sahaja) di Jalan Tadang, PJ. Kejadian berlaku sewaktu isteri saya dan S memasuki kereta kepunyaan isteri saya. Peragut itu datang dan memberhentikan motosikalnya berhampiran kereta sebelum meluru ke arah kereta dan meragut tas tangan kepunyaan S. Kejadian berlaku sangat pantas kerana peragut itu datang dan meragut setelah S memasuki kereta dan sebelum pintu kereta ditutup. Hal ini menunjukkan sang peragut sudah berada berhampiran kawasan itu dan mengintai mangsa.

Walaupun berjaya melarikan diri dari kepungan orang ramai, peragut itu gagal membawa lari tas tangan kepunyaan S dan motosikal mereka juga telah dirampas oleh orang ramai. Peralatan melakukan rompakan dan ragut juga ditemui di dalam beg kepunyaan peragut bersama motosikal mereka.

Satu lagi kejadian rompakan ke atas teman saya berlaku di KL pada bulan lepas. Saya panggil teman saya ini dengan panggilan L sahaja dan beliau seorang wanita. L telah menaiki teksi untuk pulang ke rumah. Hanya teman saya L dan pemandu teksi sahaja yang berada di dalam teksi itu. Lebih kurang 5 minit memandu, teksi itu berhenti untuk mengambil seorang penumpang lelaki yang menahan teksi itu. Penumpang itu naik dan duduk di tempat duduk belakang.

Selang beberapa minit penumpang itu membuka cerita dengan meminta L memberi kerjasama kerana mereka ingin merompak L. Pemandu teksi itu menunjukkan parang kepada L agar L memberikan kerjasama. Setelah perbincangan berlaku…..nak kata perompak budiman, tak juga….Cuma mereka dapat mengawal mangsa, kerana L berada di dalam kereta mereka….akhirnya perompak itu bersetuju mengembalikan simcard telefon L sahaja. Semua barang dan wang L telah diambil termasuklah komputer riba kesayangan beliau. Malahan perompak itu mengarahkan L memberikan pin number kad ATM beliau untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM. Akhirnya perompak menurunkan L disatu kawasan dengan berbekalkan simcard telefon sahaja. Nasib baik L tidak diapa-apakan!!

Cerita ini sekadar ingatan kepada semua supaya sentiasa berhati-hati walau di mana jua kita berada. Antara perkara yang kita boleh amalkan berdasarkan dua pengalaman di atas ialah cepat-cepat tutup pintu kereta dan kunci apabila memasuki kereta dan berkawanlah apabila menaiki teksi atau lebih baik naik bas….

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home