Monday, November 17, 2008

Permainan Kreatif


Selama ini kita sering terikat dengan satu sistem pembelajaran yang sangat formal dan membosankan terutamanya bagi kanak-kanak. Biasanya pelajar akan mendengar dan menyalin nota..sesekali bertanya soalan (bagi yang berani bertanya). Selebihnya …itulah rutin harian pelajar. Perkara ini perlahan-lahan akan mengurangkan minat untuk belajar dan perkembangan minda pelajar juga menjadi sangat perlahan. Guru perlu lebih kreatif dalam menjadikan proses pembelajaran menarik dan efektif. Bagi guru yang kurang kreatif….disinilah buku terbitan PTS ini tampil sebagai panduan yang sangat berguna.

Buku Permainan Kreatif ini bukan sahaja dapat menimbulkan rasa teruja pelajar kerana mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti ini ( biasanya mereka hanya mendengar dan menyalin ) malahan dapat meluaskan persepsi dan paradigma mereka dalam menyelesaikan masalah. Persepsi sempit dan paradigma yang tertutup menyukarkan kita mencari suatu penyelesaian masalah yang kreatif dan praktikal. Permainan kreatif yang terdapat di dalam buku ini dapat menjadikan kita lebih kritis dalam menerbitkan idea, pendekatan dan metodologi baru dalam menyelesaikan masalah. Biasanya kita menggunakan 3 cara penyelesaian masalah yang konservatif iaitu rules of thumb, fix funtional dan pengalaman masa lampau. Berfikir cara ini akan menyekat seseorang pelajar dari berfikir secara terbuka dan tidak membenarkan mereka berfikir di luar kotak (thinking outside box). Akibatnya kita hanya dapat menyelesaikan masalah dengan satu jalan sahaja sedangkan dalam dunia realiti sesuatu masalah itu boleh di selesaikan dengan banyak cara dan pelbagai pendekatan.

Guru-guru boleh memulakan kelas dengan permainan kreatif yang ada di dalam buku ini agar semua pelajar dalam keadaan bersedia dan teruja. Ia juga boleh dimainkan di pertengahan kelas apabila guru mendapati kebanyakan pelajar sudah mula mengantuk dan bosan. Kepelbagaian permainan kreatif yang ada dalam buku ini sebenarnya bukan sahaja boleh digunakan oleh guru di dalam kelas malahan juga di luar kelas.

Buku ini juga sangat sesuai kepada jurulatih dan penggerak rekreasi luar. Jurulatih rekreasi luar biasanya akan menggunakan alam semulajadi dan persekitaran sebagai classroom. Alam semulajadi adalah di luar kawalan kita. Kadang-kala kita tidak dapat menjalankan aktiviti di luar seperti abseiling dan rope challenge kerana hujan, maka di sinilah munculnya kepentingan permainan kreatif ini untuk menggantikan waktu yang terluang sementara menunggu hujan berhenti. Di samping itu aktiviti ini juga dapat menghuraikan banyak perkara tersirat berkaitan kepimpinan, kreativiti, keberanian, tanggung jawab dan lain-lain nilai-nilai murni bergantung kepada kepakaran jurulatih dalam mengolah soalan dan mengawal peserta. Perkara yang paling penting guru dan jurulatih perlu mengenal pasti permainan yang sesuai dengan:

Objektif latihan atau pembelajaran
Jenis latihan dan pembelajaran
Tahap umur peserta
Bilangan peserta
Situasi persekitaran seperti keluasan kawasan dan masa.

Bagi membantu ada menjadikan permainan kreatif ini lebih efektif, penulis telah membahagikannya kepada beberapa bahagian iaitu :


-Kreativiti visual
-Kreativiti lisan
-Kreativiti tulisan
-Kreativiti perseptual
-Kreativiti lakaran
-Kreativiti psikomotor


Oleh itu, kepada semua guru dan penggerak rekreasi, silalah dapatkan buku ini di pasaran. Saya dapati ia sangat berguna kepada saya apabila menjalankan aktiviti luar.


Selamat membaca.

Labels:

4 Comments:

Blogger Noor Amin bin Ahmad said...

en zainal, saya beli pada 3 tahun lepas. ia berguna cuma ada yg terlalu umum..

okla tu kan..

November 21, 2008 at 6:36 AM  
Blogger HiCMat said...

Salah seorang penulisnya pernah jadi penasihat KOB

November 25, 2008 at 9:45 PM  
Blogger kuDULT said...

Salam..
Amin, memang betul, ia agak general. kebaikan general ia boleh dimainkan di mana-mana dan bila-bila masa. Good fasilitator always said 'It's not what you play that's important, it's how you you play it' dan ingat quote ini. 'Inside every man is a child wanting to play'. Jadi berhati-hati bermain dengan orang dewasa agar mereka tidak merasa diperbudak-budakkan apabila bermain permainan yang berusur keanak-anakan. Mereka sebenarnya ingin bermain.

HCM,

Ya, En Nasir Markom. Aku pernah beberapa kali berurusan dengan beliau.

November 27, 2008 at 8:54 PM  
Blogger Pewaris Reformasi said...

Thanks Encik Zainal, insyaAllah saya akan ingat selalu.

Dah lama kita tak jumpa. Jom kita pakat tulis buku nak? Penerbit jangan risau.. :)

Dapat Royalti sikit2 pun ok asalkan buku dalam bahasa Melayu bertambah.

November 28, 2008 at 12:57 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home