Tuesday, August 26, 2008

Baru balik UMRAH


Pagi tadi saya sempat ke UPM dan berjumpa dengan sahabat yang baru pulang dari mengerjakan Umrah. Pasti ramai yang terkejut dan tersenyum sinis bila Sam Shor Nahar Yaakob (PhD) a.k.a John telah berjaya menunaikan Umrah dan telah pun selamat pulang ke tanahair. Tahniah.


Niat untuk sekadar melawat orang pulang dari tanah suci bertukar menjadi pertemuan yang panjang. Beliau begitu ghairah bercerita tentang pengalaman beliau dan keagungan kuasa Allah yang beliau temui ketika menunaikan Umrah. Beliau berjaya menunaikan 2 kali umrah, sekali tawaf sunat dan sekali tawaf selamat tinggal. Sepanjang di sana beliau dipertontonkan dengan kuasa Allah seperti kemudahan untuk mendapatkan sesuatu dan melakukan sesuatu yang telah diniatkan. Beliau juga dapat melihat gerhana bulan penuh di hadapan Kaabah...subhanAllah, maha suci Allah. Banyak lagi pengalaman beliau yang menarik telah dikongsi bersama saya.


Beliau sebenarnya tidak berniat untuk menunaikan umrah. Awalnya pelawaan kawan juga dianggap remeh. Teman-teman juga memandang sinis... tetapi itulah kuasa Allah. Menurut beliau lagi, apabila memjejakkan kaki di Jeddah...niat beliau untuk menunaikan umrah masih tidak seratus peratus hinggalah tamat Umrah pertama. Selepas umrah pertama Allah melimpahkan sinarnya..beliau berazam melakukannya sekali lagi dengan lebih sempurna. Alhamdulilah, beliau telah selamat pulang dan berazam sebagai permulaan untuk menjaga dengan sesempurnanya sembahyang lima waktu.


Beliau juga tidak lupa menasihatkan semua orang untuk menunaikan umrah semasa masih sihat dan muda. Duit boleh dicari, tapi yang satu ini amat istimewa untuk dilaksanakan...rasanya bagaimana? silalah lakukan sendiri kerana ia sukar diceritakan dengan perkataan..... itulah pesanan beliau. Marilah kita sama-sama mendoakan beliau akan sentiasa dirahmati dan didekati Allah. InsyaAllah.


Kita?...marilah kita sama-sama menaruh azam untuk ke sana. Yang sudah menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah juga pasti akan kerinduan untuk mengulangi lawatan pertama. Pesan beliau lagi. Janganlah hanya berniat..... Berniat, berazam dan bertekadlah untuk kesana...InsyaAllah akan diperkenankan.


Semoga saya akan diberi kemudahan ekonomi, kelapangan masa dan dipilih untuk berdiri di hadapan Kaabah suatu hari nanti. Semoga sesiapa yang melawat laman blog ini tidak akan lupa untuk mendoakan saya kerana ramai orang yang mempunyai ekonomi yang sangat kukuh dan bercita-cita untuk menunaikan haji atau umrah juga kadang kala tidak mampu menunaikannya. Kenapa?...Kerana terlalu banyak kerja?...Ada project yang tak siap....anak demam...dll. Ada yang mempunyai kelapangan masa, tetapi tidak dapat pergi...kenapa? masalah ekonomi?...


Perkara yang paling menarik, ada yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh dan tiada kelapangan masa, tetapi tiba-tiba menyedari mereka telah selamat menunaikan Umrah...Kenapa? Renung-renungkan...

Labels:

4 Comments:

Blogger Stoner said...

incik zainal bila lagi~???

hehehehe

gym nomad da tutup ar

bosannyew~

=(

September 2, 2008 at 11:04 PM  
Blogger HiCMat said...

Salam Kudult,
Itulah namanya Lambaian Kaabah. Bertuahlah mereka yang terpilih menjadi tetamu-NYA. Aku doakan hang sekeluarga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan seterusnya dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci.

September 4, 2008 at 5:30 PM  
Blogger Stoner said...

amin boss~

September 7, 2008 at 6:27 PM  
Blogger ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam

pergi berbuka posa ngan KOB ???aku ingat nak pergi....

September 15, 2008 at 3:31 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home