Wednesday, January 7, 2009

Bersama Angkasawan Malaysia


Angkasawan kita minta bayaran RM8000.00 satu sesi ceramah….itulah isu terkini berkenaan beliau. Dengar khabar dia dah jadi jutawan…betul ke? Kalau betul, rezeki dia la. Saya melihat perkara ini dari dua sudut yang berbeza.

Pertama: Setelah berusaha, berkorban, bertanding dengan begitu ramai calon, akhirnya beliau menjadi yang terbaik. Pergi ke angkasa lepas bukan satu pilihan yang main-main. Ia berkaitan tentang hidup dan mati. Jika kemalangan berlaku di angkasa lepas….. Ia adalah satu risiko nyawa. Tidak ramai yang berani mempertaruhkan nyawa untuk kepuasan peribadi dan kepentingan negara. Lebih baik duduk rumah tengok tv.

Kedua: Pemergian beliau ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia (betul ke?), Jumlahnya sangat besar, nilainya jutaan ringgit. Maka dengan itu rasanya beliau wajib membayar balik usaha kerajaan membuka peluang ini kepada beliau. Tidak perlu membayar balik dalam bentuk wang ringgit, cukuplah dengan berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi kepada orang lain terutamanya golongan muda-mudi.

Maka dengan ini saya tidaklah begitu berkira apabila beliau mengenakan bayaran apabila mengadakan ceramah. Cuma perlu ada beberapa pertimbangan seperti ceramah percuma anjuran badan-badan kerajaan dan badan-badan kebajikan. Begitu juga ceramah yang melibatkan pelajar dari segenap peringkat umur. Harga istimewa bagi golongan tertentu. Pastinya harga penuh bagi badan-badan koperat dan swasta. Saya rasa beliau layak menerima sedikit imbuhan kerana beliau juga perlu membuat banyak persediaan sebelum, semasa dan selepas setiap ceramah.

Pada 3 Januari 2009 yang lepas saya sekeluarga sempat bertemu beliau di Alamanda Putrajaya. Beliau nampak tidak setenang dulu, agak gusar penampilannya. Mungkin isu-isu hangat berkaitan beliau sekarang menggangu pemikiran beliau. Walau bagaimana pun saya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Semoga akan muncul lagi rakyat Malaysia yang berani seperti beliau.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home