Friday, August 8, 2008

Mama...selamat bergraduat!




Setelah bersusah payah beberapa tahun, akhirnya segala usaha itu berbaloi juga. Tanggal 8 Ogos 2008 adalah tarikh bersejarah buat mama yang kami sayangi. Mama telah berjaya dikuniakan Master in Library Information System (MLIS) oleh Universiti Malaya. Skroll di sampaikan oleh Pro Canselor yang di minati dan dihormati ramai...Raja Nazrin Shah.

Kemampuan Mama belajar, berkerja di MPH, menguruskan rumah tangga dan mengandung anak pertama dalam satu masa adalah sesuatu yang amat kami kagumi. Ramai pelajar yang tewas dalam pelajaran apabila terpaksa melalui pengalaman seperti ini, tapi Mama tetap gagah dan tabah mengharunginya. Kekuatan mama mengharungi segalanya akan kami jadikan motivasi untuk lebih maju pada masa akan datang.

Semoga Mama akan terus berjaya dan dikurniakan kemudahan oleh Allah pada masa akan datang. Terima kasih kerana menyayangi kami......


With lots of love,

Papa & Zahir.

Labels:

1 Comments:

Blogger ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam dan ucapan tahniah kpd isteri kudult...hanya yang ikhlas dan jujur dalam perhubungan sahaja yang mampu melakukannya...


"only the strong can survive"

August 14, 2008 at 6:03 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home