Thursday, August 21, 2008

Into The Thin Air


Buku ini adalah kisah benar rentetan pengalaman penulis yang juga seorang pendaki gunung yang berpengalaman. Pada May 1996, terdapat lima xpdc mendaki puncak Everest pada masa yang sama. Keseluruhan pendaki berjumlah 23 orang lelaki dan wanita. cuaca amat menggalakkan pada awal pendakian, tetapi bertukar menjadi ribut pada saat pendaki amat hampir menjejakan kaki di puncak dunia.

Akhirnya 9 orang pendaki maut termasuklah dua mountain guide yang sangat tersohor iaitu Scott Fisher dari Mountain Madness Guided Expedition & Rob Hall dari Adventure Consultant Guided Expedition. Mangsa lain adalah Andy Harris, Doug Hansen, yasuko Namba, Ngawang Topche sherpa, Chen Yu-Nan, Bruce Herrod dan Lopsang jangbu Sherpa. Antara sebabnya ialah pendaki tidak dapat turun dengan pantas kerana terlalu ramai pendaki di atas trek.

Sangat menarik dibaca kerana gaya penceritaan yang menarik menyebabkan pembaca merasa seolah-olah berada di tempat kejadian dan merasa keperitan dan saat-saat akhir kehidupan dan harapan setiap pendaki. Banyak pertanyaan, pertikaian, kritikan dan pandangan telah dihuraikan oleh penulis di dalam buku ini. Antaranya ialah penulis mempertikaian salah seorang guide berpengalaman, Anatoli Bukareev yang pada pandangan beliau tidak menjalankan tugas dengan baik.

Anatoli Bukareev pula mempertikaikan pendaki yang tidak berpengalaman, mengambil jalan mudah dengan membayar wang yang banyak agar mereka dapat dibawa berada di Puncak Everest. Pada beliau Everest bukanlah satu tempat yang boleh dikomersialkan sesuka hati apatah lagi dijual beli. Jika anda ingin mendaki Everest, anda hendaklah berlatih dan melakukannya sendiri....bukan dengan membayar dan mengharapkan mountain guide memikul anda di atas bahu lalu menghantar anda ke puncak...kemudian anda pulang dan hebahkan ke seluruh dunia 'Saya telah berjaya mendaki Gunung Everest'!!. Anatoli yang kurang fasih berbahasa Inggeris akhirnya mendapat bantuan untuk membukukan pengalamannya di dalam buku bertajuk 'The Climb".

Kuasa Allah juga terserlah di dalam beberapa insiden pada waktu malapetaka ini. Antaranya ialah seorang lagi pendaki, Beck Weathers. Beliau sepatutnya mati di dalam tragedi ini. Dua kali di temui oleh rescue team dan ditinggalkan kerana keadaan beliau yang sangat teruk dan tiada harapan untuk hidup serta ditimbus salji. Namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menidakkannya. Beliau mendapat sedikit kekuatan, bangun ...berjalan dan meraba-raba kerana mata beliau tidak dapat melihat akibat dari tidak menggunakan cermin mata semasa mendaki. Untuk pengetahuan anda, untuk turun ke Base Camp dalam keadaan cuaca ribut adalah hampir mustahil bagi pendaki yang mampu melihat, tetapi Beck hanya berjalan dan merangkak sambil meraba-raba. Beliau boleh tersilap dan jatuh ke dalam gaung pada bila-bila masa sahaja. Kuasa Allah...beliau tiba-tiba muncul di Base Camp dan disambut oleh pendaki lain serta diberikan bantuan.

Beliau akhirnya selamat walaupun mengalami frost bite atau reput frost yang sangat mengerikan. Beliau juga telah menulis kisahnya di dalam buku berjudul 'Left for dead, a journey home from Everest'. "I am neither churchly nor a particularly spiritual person, but I can tell you that some force within me rejected death at the last moment and then guided me, blind and stumbling -- quite literally a dead man walking -- into camp and the shaky start of my return to life.".

Semua pengalaman pendaki diceritakan dengan sangat teliti di sini. Untuk pengatahuan lebih lanjut sila dapatkan buku kisah benar ini.

Lalu moralnya setelah membaca pengalaman pendaki ini adalah amat perlu kita memahami alam semulajadi terutamanya mereka yang berkecimpung dengan aktiviti outdoor recreation. Jangan sesekali membenarkan ego diri kita menjadikan kita bongkak. Tidak sesekali kita manusia dapat menewaskan kuasa alam...kita hanya perlu memahami alam dan berkerjasama dengannya. Tidak sesekali sesuai kita menggunakkan perkataan 'aku telah berjaya menawan puncak gunung itu'.

Kita juga perlu berusaha untuk mendapatkkan sesuatu. Tidak semua perkara di dunia ini boleh di beli dengan wang ringgit. Akan ada masanya wang berjuta ringgit tidak akan memberi apa-apa erti.....

Sifat terlalu yakin boleh membawa musibah kepada setiap dari kita. Pastikan setiap perkara yang kita lakukan, kita akan rancang dahulu walaupun kita telah melakukannya setiap hari.


Labels:

1 Comments:

Blogger ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

good story..

August 21, 2008 at 8:26 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home