Thursday, June 26, 2008


Malay nationalist before UMNO

Buku ini sebenarnya adalah manuskrip tulisan En. Mustaffa Hussain (arwah - 1910-1987). Beliau adalah founder Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1938 bersama beberapa orang lain yang lebih popular dalam sejarah Malaysia seperti Ibrahim Yakoob, Pak Sako, Dr. BurhanuddinAl-Helmi, Ahmad Boestaman dan lain-lain. Beliau adalah Vice presiden KMM di mana presidennya adalah Ibrahim Yaakob. Buku ini sangat menarik untuk dibaca kerana gaya penceritaan yang menarik dan detail. Ia juga pada pengamatan saya adalah satu tulisan yang jujur. Ia berkisar tentang anak melayu yang terdedah kepada pendidikan dan gaya hidup Inggeris (kolonial) melihat ketidakadilan layanan British kepada orang melayu. Bangsa yang sepatutnya memerintah TANAH MELAYU.

Beliau dibesarkan di Matang, Perak dan di sinilah bermulanya semangat nasianolisnya. Terdedah dengan cerita dan tinggal berhampiran dengan tempat pahlawan melayu, Dato' Sagor dan Datuk Maharajalela dihukum gantung. Beliau juga menyentuh serba sedikit kedatangan imigrant Cina dan India ke Tanah Melayu. Beliau juga menceritakan dengan detail aktiviti seharian dan kebudayaan masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain pada ketika itu. Penceritaan ini mengingatkan saya pada zaman saya kecil dahulu...dimana saya hampir melupainya.

Beliau menjadi pensyarah di Kolej Pertanian Serdang sebelum perang dunia ke dua. Penceritaan beliau tentang kolej, kehidupan di kampus dan semuanya berkaitan kursus pertanian mendatangkan kesan yang sangat mendalam kepada saya kerana saya adalah pemegang Diploma pertanian dari UPM yang dulunya adalah Kolej Pertanian. tradisi mereka masih diamalkan hingga zaman saya belajar di UPM pada awal 90an.

Beliau juga adalah calon presiden UMNO selepas Dato' Onn menarik diri dari UMNO. Beliau telah kalah kepada Tunku Abd. Rahman dengan satu undi dan kemudian beliau telah seri dengan Tun Abd. Razak bagi calon Vice Presiden, namun begitu beliau kalah apabila Chairman, Tan Sri Hj Mohd Noah Omar memberi undinya kepada Tun Abd. Razak, menantu beliau!

Bersama KMM (pertubuhan sayap kiri), beliau telah dibawa oleh Tentera Jepun atau lebih tepat lagi Fujiwara Kikan mengiringi mereka menawan satu-persatu bandar di Semenanjung Malaysia hinggalah ke Singapura. Beliau menjadi saksi malapetaka perang yang dasyat di mana nyawa hampir tidak mempunyai harga. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat pertempuran. Di singapura beliau telah menyelamatkan banyak nyawa tentera melayu yang diakui oleh tentera Jepun sebagai sangat berdedikasi dan setia kepada negara berbanding tentera British dan lain-lain tentera gabungan British. Walaupun kumpulan mereka sangat kecil, tetapi Jepun tidak mampu menewaskan mereka. Itulah sebabnya Jepun sangat marah dengan tentera melayu dan mereka berhajat untuk melupuskan semua tentera melayu yang masih hidup. Namun Mustaffa Hussain telah menyelamatkan mereka dengan berbagai cara dan helah. Namun beliau terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan beberapa watak penting dalam tentera melayu seperti Captain Raja Aman Shah & Lt. ariffin yang tidak mahu meninggalkan tentera bawahan mereka walaupun berpeluang. Mereka sangat berani dan berdiri teguh dengan pendiriannya hinggalah pada saat nyawa mereka diambil oleh tentera Jepun dan PENGHIANAT MELAYU. Alfatihah kita sedekahkan kepada wira bangsa yang sejati ini.

PERKARA YANG PALING MENARIK perhatian saya di dalam buku ini ialah bagaimana Mustaffa Hussain menceritakan hubungannya dengan Ibrahim Yaakob (IY) yang selama ini di sanjung sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Menurut beliau: IY telah 'menjual' Malaya kepada Jepun dan akan membantu Jepun menakluki Malaya dan menyokong motto " Asia untuk orang asia" yg dibawa oleh Jepun. IY telah diberikan wang yang banyak dan emas untuk digunakan bagi melaksanakan tugasan menewaskan British. Namun sebenarnya ahli KMM yang lain tidak tahu tentang perjanjian ini dan meraka masih berjuang dengan semangat untuk membebaskan Malaya dari cengkaman British dan mendapatkan kemerdekaannya. Hanya IY dan 2 @ 3 orang kawan rapatnya sahaja. Segala wang ringgit dan emas itu adalah milik IY. Beliau telah menggunakannya untuk membeli syarikat akhbar Majlis bagi memudahkan proses propoganda dan menyebarkan semangat anti British. Apabila Jepun kalah beliau telah melarikan diri ke Indonesia bersama semua wang dan emas. Beliau telah membuka Bank Pertiwi dan beberapa resort mewah di sana. Ahli KMM lain yang masih berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Malaysia hidup merempat, diburu oleh komunis dan British.

Terlalu banyak untuk diceritakan disini. Saya mencadangkan anda mendapatkan buku ini dan baca kesemua ceritanya. seorang wira yang tak didendang, melalui hidup yang tragis dan ringkas walaupun mempunyai pilihan untuk hidup mewah gaya British. Merempat, berkebun membuka hutan dan membuka gerai makan di tepi jalan untuk menyara keluarga dan memperjuangkan hak ORANG MELAYU. Keluarga beliau juga melalui kehidupan yang memeritkan kerana perjuangannya. All credit goes to his loyal wife. A minah saleh convert to muslim and live as a Malay. I personally really touch with his spirits and may Allah bless him.. Dalam keadaan Malaysia yang tidak begitu menyakinkan sekarang, adakah kita mempunyai seorang pejuang jujur seperti Mustafa Hussain?

Kepada pembaca di luar sana, jika saya salah menyatakan bahawa Ibrahim Yaakob adalah penghianat bangsa silalah betulkan dan berilah fakta yang boleh menyokong. Ia sangat penting untuk generasi kita pada masa akan datang. Semoga kita tidak menjadi warga yang lupa sejarah.

Labels:

Tuesday, June 17, 2008

Ribut ais di Serdang!

Lebih kurang pukul 12.45 tengah hari tadi telah berlaku ribut yang sangat kencang di kawasan Serdang. Angin dan hujan mencurah-curah. Dari jauh awan kelihatan macam ombak tsunami. Lebih menakjubkan hujan ini turun bersama ketulan ais. Kenderaan di jalan raya mula memperlahankan kenderaan kerana hujan ais...takut cermin pecah kot! Aku pun pegi la kutip beberapa ketulan ais tu. Sejuk dan mula mencair....betul le...hujan ais.

Oleh kerana hujan dan angin yang terlalu kuat, pak cik tuan punya M Z restoran kat bawah opis aku ni keluar dan melaungkan azan dengan kuat. lepas tu hujan dan angin mula reda...pelanggan yang makan kat kedai pak cik pun relek je dan terus makan......

Tak lama lagi salji turun kat Malaysia kot...Yahooo boleh main ski! Apa yang sebenarnya berlaku yee...Allah nak tunjukkan apa ye.....alam semulajadi memprotes ke? Renung-renungkan.

Monday, June 16, 2008

SALAM

Hari baru. Setelah jutaan kali cadangan (arahan) diberikan oleh anak kepada En. Che Mat agar aku start blog aku sendiri dan berkongsi pengalaman yang sikit ni dengan orang lain di dunia maya yang tiada sempadan ini, akhirnya muncul le d'corner table untuk tatapan semua. Semoga inisiatif ini juga akan membawa aku berkenalan dengan orang lain yang lebih berpengalaman tentang kehidupan untuk dijadikan panduan dan sempadan.

semoga hari baru ini akan berterusan. Yesterday is history and tomorrow remain mystery. Harap-harap blog ni tak bertahan sehari je, pastu jadi history....ha..haaa...harrr!!!!

Salam.

Labels: