Friday, June 19, 2009

Wedding of the year!



My best friends wedding. Pada 6/6/09 yang lepas telah berlangsung satu perkawinan yang menjadi sejarah di Bora Ombak, Ampang. Minat dalam outdoor recreation telah membawa mereka merentasi sempadan kebiasaan. Outward Bound Malaysia Lumut (OBML) juga memainkan peranan yang besar dalam mengikat hubungan dua hati ini kerana keduanya adalah bekas instructor Outward Bound. Semuanya bermula di sana.

Ini adalah pasangan kedua dalam batch aku sebagai staff OBML selepas perkawinan Hairunizam & Karena Syafinaz Loh Abdullah. Outward Bound benar-benar tempat yang unik bukan sahaja untuk aktiviti outdoor. Ia melepasi sepadan perkauman dan kasta serta membawa kami bekerja dan hidup dengan persamaan yang ada, bukan perbezaan.

Semasa aku masih di OBML kami semua bangsa tinggal bersama. Pernah satu ketika dalam satu aktiviti mendaki gunung kumpulan kami memiliki ahli di kalangan orang Melayu, Cina, India, Singh, Mat Salleh dan Black (Negro). Bila kami duduk bersama di kedai makanan semua orang akan memandang. Itu belum lagi dipecahkan melayu itu mengikut kumpulan masing-masing…Jawa, Banjar, Bugis, Rawa, Mendaling dan lain-lain. Kami hidup gembira dan saling hormat menghormati. Semoga semangat ini masih kekal di kalangan rakyat Malaysia. Selamat pengantin baru kepada Gurnam Singh Daliwal dan Cindy Joon (Karieshma Kaur).

Gambar kad jemputan kawin yang unik dan menarik ini telah diambil di Puncak Gunung Tahan. Memaparkan kecintaan mereka kepada outdoor activity. Oooo..!!! ada sorang lagi kawan aku di Outward Bound berbangsa Tionghua juga sudah berkawin dan sudah pun dikurniakan cahaya mata. Mr Ng Kien Mun. Beliau melamar isternya (masa tu awek laa..) di atas stage Disney’s On Ice di Genting Highlands. 5 mimt sebelum pementasan Disney’s On Ice bermula dengan di saksikan oleh semua penonton termasuklah Perdana Menteri Malaysia kita ketika itu..Pak Lah. Begitulah hebatnya kawan-kawan aku di Outward Bound. Sekarang semua tinggal kenangan kerana 90% batch aku di OBML sudah berhenti kerja dan memulakan kehidupan baru di merata dunia. Hope to see you all again. Adiosss!!!

Labels:

4 Comments:

Blogger Stoner said...

Selamat Pengantin Baru Mr G...hehe

June 20, 2009 at 8:38 AM  
Anonymous imayo said...

bro..awat masa sy g tue karisma kapei bj kale lein?sudak tukar ka?huhu

June 21, 2009 at 1:53 AM  
Anonymous imayo said...

pembetulan: kapei kpd pakei

June 21, 2009 at 2:08 AM  
Blogger hisyamchemat said...

laa, aku ingat tadi gambaq hang berpeluk dengan dia. Alahai silap la pulak, hehehe

July 27, 2009 at 2:29 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home