Sunday, May 17, 2009

Mas Selamat: Si tempang yang berjaya memalukan kerajaan Singapura.


Seorang bekas mekanik bas yang juga dianggap sebagai ketua Jemaah Islamiah (JI) Singapura telah memalukan kerajaan Singapura dengan melarikan diri dari tahanan dan meninggalkan semua kepakaran dan teknologi kerajaan serta pihak berkuasa Singapura terkial-kial.

Singapura telah melancarkan pemburuan terbesar dalam sejarah negara itu dengan menggerakkan Singapore Police Force, Gurkha Contingent, Police Tactical Unit, Police National Service Key Installation Protection Unit, Singapore Guards dan Singapore Armed Forces Military Police Command utk memburu beliau, namun begitu si tempang ini masih mampu tinggal selama 4 hari di singapura sebelum berenang dengan mengikuti lampu penanda di laut ke arah Johor.

Pihak INTERPOL juga dimaklumkan dan mereka mengkategorikannya sebagai Red Alert. 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Singapura juga telah menghantar SMS dan MMS kepad 5.5 juta penggunanya berkaitan wanted man ini. Pada 21 Julai 2008 dua orang individu telah menawarkan SD1000,000.00 kepada sesiapa sahaja yang berjaya memberi maklumat sehingga membawa kepada tertangkapnya Mas Selamat. Begitulah hebat dan pentingnya Mas Selamat kepada kerajaan Singapura.

Semenjak itu pelbagai cerita dan spekulasi berkaitan beliau telah kedengaran seperti beliau sebenarnya telah mati di dalam tahan, beliau sengaja dilepaskan agar polis dapat mengenal pasti rangkaian JI hubungannya, Mas selamat ada kuasa sihir, ada orang dalam yang membantunya melarikan diri malah pihak komando Singapura juga kalau tak silap saya pernah membuat teori beliau telah mati semasa dalam pelarian kerana tidak mendapat bekalan makan selama hampir 2 minggu dan pelbagai lagi teori konspirasi berprofil tinggi.

Akhirnya setelah sekian lama menjadi misteri Mas Selamat b. Kastari muncul kembali dan ditangkap di kawasan Sekudai Johor di rumah kawannya bernama Johar pada 8 Mei 2009. Beliau melarikan diri dari Singapura pada 27 Feb 2008. Sekarang beliau di tahan di bawah undang-undang ISA di Malaysia. Kerajaan Malaysia telah pun berhubung dengan Singapura dan Indonesia bagi menyelesaikan masalah yang dicipta oleh ‘mekanik bas’ ini.

Siapakah Mas Selamat b. Kastari ini sebenarnya. Mas Selamat dilahirkan di Indonesia dan membesar di Singapura. Adalah dipercayai beliau diperkenalkan kepada JI melalui Darul Islam pada tahun 90an. Beliau pernah tinggal di Afganisthan dan mempelajari sistem pemerintahan Taliban dan dikhabarkan juga mengenali Hambali yang juga berada di dalam senarai orang yang paling dikehendaki polis.

Beliau ditangkap pada Januari 2006 di Indonesia dan diserahkan kepada kerajaan Singapura kerana menghadapi tuduhan merancang merampas & meletupkan kapal terbang di Lapangan terbang Changi, Singapura. Beliau di tahan di bawah ISA di sana.

Mas Selamat melarikan diri semasa keluarganya datang melawat dengan memohon kebenaran pergi ke tandas. Seperti yang biasa kita lihat di kaca TV. Beliau melepaskan diri melalui tingkap tandas selepas membiarkan paip air terbuka….


Beliau pernah ditangkap sebelum ini di Indonesia dan kakinya yang tempang adalah disebabkan oleh kecederaan semasa cuba melarikan diri dari tahanan dengan terjun dari tingkat bangunan yang tinggi.

Saya bukanlah seorang yang Pro JI atau apa-apa perjuangan yang sepertinya tetapi pelbagai perkara positif boleh dikupas dan dijadikan panduan melalui tragedi yang memalukan Singapura ini. Anda renung-renung dan fikir lah sendiri….

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home