Tuesday, August 26, 2008

Baru balik UMRAH


Pagi tadi saya sempat ke UPM dan berjumpa dengan sahabat yang baru pulang dari mengerjakan Umrah. Pasti ramai yang terkejut dan tersenyum sinis bila Sam Shor Nahar Yaakob (PhD) a.k.a John telah berjaya menunaikan Umrah dan telah pun selamat pulang ke tanahair. Tahniah.


Niat untuk sekadar melawat orang pulang dari tanah suci bertukar menjadi pertemuan yang panjang. Beliau begitu ghairah bercerita tentang pengalaman beliau dan keagungan kuasa Allah yang beliau temui ketika menunaikan Umrah. Beliau berjaya menunaikan 2 kali umrah, sekali tawaf sunat dan sekali tawaf selamat tinggal. Sepanjang di sana beliau dipertontonkan dengan kuasa Allah seperti kemudahan untuk mendapatkan sesuatu dan melakukan sesuatu yang telah diniatkan. Beliau juga dapat melihat gerhana bulan penuh di hadapan Kaabah...subhanAllah, maha suci Allah. Banyak lagi pengalaman beliau yang menarik telah dikongsi bersama saya.


Beliau sebenarnya tidak berniat untuk menunaikan umrah. Awalnya pelawaan kawan juga dianggap remeh. Teman-teman juga memandang sinis... tetapi itulah kuasa Allah. Menurut beliau lagi, apabila memjejakkan kaki di Jeddah...niat beliau untuk menunaikan umrah masih tidak seratus peratus hinggalah tamat Umrah pertama. Selepas umrah pertama Allah melimpahkan sinarnya..beliau berazam melakukannya sekali lagi dengan lebih sempurna. Alhamdulilah, beliau telah selamat pulang dan berazam sebagai permulaan untuk menjaga dengan sesempurnanya sembahyang lima waktu.


Beliau juga tidak lupa menasihatkan semua orang untuk menunaikan umrah semasa masih sihat dan muda. Duit boleh dicari, tapi yang satu ini amat istimewa untuk dilaksanakan...rasanya bagaimana? silalah lakukan sendiri kerana ia sukar diceritakan dengan perkataan..... itulah pesanan beliau. Marilah kita sama-sama mendoakan beliau akan sentiasa dirahmati dan didekati Allah. InsyaAllah.


Kita?...marilah kita sama-sama menaruh azam untuk ke sana. Yang sudah menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah juga pasti akan kerinduan untuk mengulangi lawatan pertama. Pesan beliau lagi. Janganlah hanya berniat..... Berniat, berazam dan bertekadlah untuk kesana...InsyaAllah akan diperkenankan.


Semoga saya akan diberi kemudahan ekonomi, kelapangan masa dan dipilih untuk berdiri di hadapan Kaabah suatu hari nanti. Semoga sesiapa yang melawat laman blog ini tidak akan lupa untuk mendoakan saya kerana ramai orang yang mempunyai ekonomi yang sangat kukuh dan bercita-cita untuk menunaikan haji atau umrah juga kadang kala tidak mampu menunaikannya. Kenapa?...Kerana terlalu banyak kerja?...Ada project yang tak siap....anak demam...dll. Ada yang mempunyai kelapangan masa, tetapi tidak dapat pergi...kenapa? masalah ekonomi?...


Perkara yang paling menarik, ada yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh dan tiada kelapangan masa, tetapi tiba-tiba menyedari mereka telah selamat menunaikan Umrah...Kenapa? Renung-renungkan...

Labels:

Thursday, August 21, 2008

Into The Thin Air


Buku ini adalah kisah benar rentetan pengalaman penulis yang juga seorang pendaki gunung yang berpengalaman. Pada May 1996, terdapat lima xpdc mendaki puncak Everest pada masa yang sama. Keseluruhan pendaki berjumlah 23 orang lelaki dan wanita. cuaca amat menggalakkan pada awal pendakian, tetapi bertukar menjadi ribut pada saat pendaki amat hampir menjejakan kaki di puncak dunia.

Akhirnya 9 orang pendaki maut termasuklah dua mountain guide yang sangat tersohor iaitu Scott Fisher dari Mountain Madness Guided Expedition & Rob Hall dari Adventure Consultant Guided Expedition. Mangsa lain adalah Andy Harris, Doug Hansen, yasuko Namba, Ngawang Topche sherpa, Chen Yu-Nan, Bruce Herrod dan Lopsang jangbu Sherpa. Antara sebabnya ialah pendaki tidak dapat turun dengan pantas kerana terlalu ramai pendaki di atas trek.

Sangat menarik dibaca kerana gaya penceritaan yang menarik menyebabkan pembaca merasa seolah-olah berada di tempat kejadian dan merasa keperitan dan saat-saat akhir kehidupan dan harapan setiap pendaki. Banyak pertanyaan, pertikaian, kritikan dan pandangan telah dihuraikan oleh penulis di dalam buku ini. Antaranya ialah penulis mempertikaian salah seorang guide berpengalaman, Anatoli Bukareev yang pada pandangan beliau tidak menjalankan tugas dengan baik.

Anatoli Bukareev pula mempertikaikan pendaki yang tidak berpengalaman, mengambil jalan mudah dengan membayar wang yang banyak agar mereka dapat dibawa berada di Puncak Everest. Pada beliau Everest bukanlah satu tempat yang boleh dikomersialkan sesuka hati apatah lagi dijual beli. Jika anda ingin mendaki Everest, anda hendaklah berlatih dan melakukannya sendiri....bukan dengan membayar dan mengharapkan mountain guide memikul anda di atas bahu lalu menghantar anda ke puncak...kemudian anda pulang dan hebahkan ke seluruh dunia 'Saya telah berjaya mendaki Gunung Everest'!!. Anatoli yang kurang fasih berbahasa Inggeris akhirnya mendapat bantuan untuk membukukan pengalamannya di dalam buku bertajuk 'The Climb".

Kuasa Allah juga terserlah di dalam beberapa insiden pada waktu malapetaka ini. Antaranya ialah seorang lagi pendaki, Beck Weathers. Beliau sepatutnya mati di dalam tragedi ini. Dua kali di temui oleh rescue team dan ditinggalkan kerana keadaan beliau yang sangat teruk dan tiada harapan untuk hidup serta ditimbus salji. Namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menidakkannya. Beliau mendapat sedikit kekuatan, bangun ...berjalan dan meraba-raba kerana mata beliau tidak dapat melihat akibat dari tidak menggunakan cermin mata semasa mendaki. Untuk pengetahuan anda, untuk turun ke Base Camp dalam keadaan cuaca ribut adalah hampir mustahil bagi pendaki yang mampu melihat, tetapi Beck hanya berjalan dan merangkak sambil meraba-raba. Beliau boleh tersilap dan jatuh ke dalam gaung pada bila-bila masa sahaja. Kuasa Allah...beliau tiba-tiba muncul di Base Camp dan disambut oleh pendaki lain serta diberikan bantuan.

Beliau akhirnya selamat walaupun mengalami frost bite atau reput frost yang sangat mengerikan. Beliau juga telah menulis kisahnya di dalam buku berjudul 'Left for dead, a journey home from Everest'. "I am neither churchly nor a particularly spiritual person, but I can tell you that some force within me rejected death at the last moment and then guided me, blind and stumbling -- quite literally a dead man walking -- into camp and the shaky start of my return to life.".

Semua pengalaman pendaki diceritakan dengan sangat teliti di sini. Untuk pengatahuan lebih lanjut sila dapatkan buku kisah benar ini.

Lalu moralnya setelah membaca pengalaman pendaki ini adalah amat perlu kita memahami alam semulajadi terutamanya mereka yang berkecimpung dengan aktiviti outdoor recreation. Jangan sesekali membenarkan ego diri kita menjadikan kita bongkak. Tidak sesekali kita manusia dapat menewaskan kuasa alam...kita hanya perlu memahami alam dan berkerjasama dengannya. Tidak sesekali sesuai kita menggunakkan perkataan 'aku telah berjaya menawan puncak gunung itu'.

Kita juga perlu berusaha untuk mendapatkkan sesuatu. Tidak semua perkara di dunia ini boleh di beli dengan wang ringgit. Akan ada masanya wang berjuta ringgit tidak akan memberi apa-apa erti.....

Sifat terlalu yakin boleh membawa musibah kepada setiap dari kita. Pastikan setiap perkara yang kita lakukan, kita akan rancang dahulu walaupun kita telah melakukannya setiap hari.


Labels:

Tuesday, August 12, 2008

Panasss di UiTM


Beberapa hari ini saya didedahkan dengan banyak cerita berkaitan cadangan memberi 10% tempat UiTM kepada non bumi. Saya bukan anti perkauman, ada banyak cara lagi untuk mengimbangi ketidak seimbangan kaum dalam banyak perkara. Saya rasa tidak perlulah menggunakan UiTM. UiTM dan melayu mempunyai sejarah yang panjang. Buatlah sesuatu yang baru untuk semua kaum, jangan kacau yang dah sedia ada.


Harapan saya kepada kaki politik (diaorang ni tak boleh diam, demam... kalau tak ada isu panas untuk dibincang dan dibangkitkan, macam kaki bola, tak dapat main bola...dapat tengok bola pun dah kira ok...), janganlah gunakan isu ini untuk mencari tapak di dalam dunia politik negara yang dah sememangnya huru-hara. Carilah isu lain yang tidak melibatkan institusi pendidikan. Biarlah adik-adik kita belajar dengan aman.

Labels:

Friday, August 8, 2008

Mama...selamat bergraduat!




Setelah bersusah payah beberapa tahun, akhirnya segala usaha itu berbaloi juga. Tanggal 8 Ogos 2008 adalah tarikh bersejarah buat mama yang kami sayangi. Mama telah berjaya dikuniakan Master in Library Information System (MLIS) oleh Universiti Malaya. Skroll di sampaikan oleh Pro Canselor yang di minati dan dihormati ramai...Raja Nazrin Shah.

Kemampuan Mama belajar, berkerja di MPH, menguruskan rumah tangga dan mengandung anak pertama dalam satu masa adalah sesuatu yang amat kami kagumi. Ramai pelajar yang tewas dalam pelajaran apabila terpaksa melalui pengalaman seperti ini, tapi Mama tetap gagah dan tabah mengharunginya. Kekuatan mama mengharungi segalanya akan kami jadikan motivasi untuk lebih maju pada masa akan datang.

Semoga Mama akan terus berjaya dan dikurniakan kemudahan oleh Allah pada masa akan datang. Terima kasih kerana menyayangi kami......


With lots of love,

Papa & Zahir.

Labels:

Thursday, August 7, 2008

Air Terjun LOPO dan durian Sg. Congkak


Mandi air terjun. Itulah objektif trip kali ini. Saya, Pak Tam dan 10 orang pelajar luar negara (9 dari China & 1 Nigeria) memulakan perjalanan dari kampung Pangsun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui kawasan hutan skunder, perkampungan orang asli dan kemudian memasuki kawasan hutan primer. Perjalan agak mudah walaupun sedikit mendaki.

Memandangkan sekarang adalah musim durian, kelihatan orang asli berulang-alik keluar masuk hutan membawa hasil kutipan durian hutan. Kami juga melalui kawasan 'dusun' durian orang asli yang telah dibersihkan. Teringin nak makan durian, tapi memandangkan orang punya,,,telan air liur je la. Ada seorang pakcik driver teksi tu, kami tengok sibuk memunggah durian ke dalam teksinya. Yelaahhh......sewa teksi jual durian lagi untung dari bawa orang sewa teksi keliling KL. traffic jam pun tadak ...untung lebih. Bukan selalu dapat cam ni...

Sampai air terjun, apa lagi...terjun tiruk le. best gila mandi air terjun. sejuk sampai ke tulang sum-sum. Selepas lebih kurang 2 jam di sana, mandi dan makan tengahari, kami pun berangkat balik. Sebelum meninggalkan Kg. Pangsun, kami pun melepaskan kegeraman kepada durian yang kami jumpa tergolek di sepanjang perjalanan ke air terjun tadi, tapi tak boleh makan. Gerai durian pertama di tepi jalan menjadi mangsa serbuan kami. Sambil bersila di tepi jalan, kami pun membelasah durian sehingga tersandar di tiang elektrik.

sesiapa yang teringin nak makan durian free boleh la melawat air terjun LOPO ini sekarang kerana beberapa pokok durian tak bertuan di kawasan air terjun sedang berbuah dengan agak lebat....adios!!






Labels: